Bersebelahan dengan dengan Stesyen Minyak Petronas. Lot kedai yang mengandungi 3 buah kedai. Kedai ini berada ditengah-tengah antara Pejabat Construction dan Kedai Bundle.
Bagi sesiapa dari Bandar Seremban hanya perlu membelok ke kiri iaitu Jalan Ke Jelebu dan terus perhatikan di kiri anda Stesen Minyak Petronas. Belok kiri sekali lagi apabila telah sampai di Stesen Minyak Tersebut.
Bagi sesiapa dari Paroi, belok ke kanan untuk Ke Jalan Jelebu dan terus perhatikan di kiri anda Stesen Minyak Petronas. Belok kiri sekali lagi apabila telah sampai di Stesen Minyak Tersebut.
Bagi mereka yang datang dari Jelebu, Kuala Klawang, Pekan Pantai anda hanya perlu belok ke kanan apabila ternampak Stesen Minyak Petronas.
Nota: Jika anda telah berada dalam kawasan Stesen Minyak Petronas, anda sudah boleh nampak kedai ini. Anda boleh rujuk peta di sebelah untuk arah yang lebih jelas.